Peranan Pendidik di Al Baghdadi Learning Centre

by admin
Comments are off for this post.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, sesungguhnya kami dengan rendah hati ingin mengucapkan kesyukuran terhadap limpah kurnia Ilahi yang telah memilih kami diantara hamba-hambanya sebagai penyambung perjuangan Nabi dan para solihin dalam mendokong pendidikkan Al Qurannul Karim.

Antara peranan seorang pendidik adalah sebagaimana seorang petani menanam benih dan menjaganya supaya dapat hidup subur dan baik agar pohon yang tumbuh boleh membuahkan hasil yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Begitulah juga harapan kami agar usaha penyebaran pendidikkan berasaskan Al Quran ini dapat menghasilkan individu-individu yang cintakan Al Quran dan cahaya kecintaan ini dapat menyinari masyarakat di sekeliling mereka dengan cahaya keimanan yang sejati.

Walaupun usaha yang ingin kami dukung dalam pendidikkan Al Quran ini sangat sedikit berbanding usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah saw, para Tabiin yang terdahulu serta para Asatizah di luar sana, kami amat berharap agar sekelumit usaha ini akan diterima di sisi Allah swt sebagai salah satu amalan soleh yang diredhai-Nya.

Semoga dengan sedikit ilmu yang telah Allah swt kurniakan kepada kami ini dapat membantu lebih ramai lagi insan-insan di luar sana dalam mengenal serta mempelajari bacaan Al Quran dengan lebih berkesan dengan asas tajwid yang betul.

Kami di seluruh rangkaian Al Baghdadi Learning Centre di bawah kelolaan Myngaji.com sentiasa mengalu-alukan pendaftaran untuk kelas pengajian Al Quran bermula dari Asas Tamhid sehingga Talaqqi. Kelas-kelas yang diadakan adalah bersesuaian dengan semua peringkat umur iaitu kanak-kanak dan dewasa.

Share this article

Comments are closed.