Tahniah Anda Memilih Untuk Mempelajari Al-Quran.

Semoga Menjadi Catitan Amalan Baik Kepada Anda.

Adakah Saya Akan Pandai Membaca Al-Quran Selepas Menyertai Kelas Ini?

Insyaallah. Semoga anda boleh membaca Al-Quran. Kelas ini tidak menjaminkan anda, namun pihak kami telah menyediakan modul2 yang sebaiknya untuk anda. Proses pembelajaran mestilah diulang selalu jika ingin mendapatkan kesan yang pantas.

Berapakah Tempoh Pembelajaran?

Tempoh Pembelajaran Al-Quran Mengikut Tahap. Kita mempunyai 3 tahap pembelajaran. ASAS (3-5 Bulan) . Tajwid (3-5 bulan) dan Talaqqi (6-12 Bulan). Jika anda seorang yang cepat belajar, dalam tempoh 8 bulan Pembelajaran insyaallah boleh membaca Al-Quran dengan Baik.

Berapakah Yuran Pembelajaran?

Yuran Pembelajaran Hanya RM100 Sebulan. Kita terpaksa mengenakan yuran kerana pusat pembelajaran ini bukanlah pusat hasil Wakaf dan derma. Kami menanngung Kos Sewa, Guru , Pengurusan Dan Bahan Api dan air untuk kegunaan semua.

Adakah Ada Program Lain?

Ya. Kami Ada Program untuk kanak-kanak dan remaja untuk Al-Quran dan Hafazan. Pertanyaan lanjut boleh whatsapp ke 011-5299 3775.

Perlukah Saya membawa Al-Quran atau Iqra' untuk kelas ini?

Tidak Perlu. Anda cuma perlu bawa Al-Quran Semasa Kelas ditahap Tallaqi.

Adakah Pusat Pembelajaran Ini Diiktiraf?

Ya. Pusat pembelajaran ini disokong oleh JAKIM dan Mufti2 seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran ini juga mendapat 4 malaysia books of records untuk kaedah pembelajaranya. Baru-baru ini, Teknik Al-Baghdadi juga telah mendapat Anugerah Emas Harta Intelek Negara Tahun 2017.

Bilakah Kelas Bermula?

Anda boleh pilih sesi pengajian yang tersenarai atau lain-lain Tarikh di mana Jadual pengajian serta tarikh pengambilan berikutnya akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat In Shaa Allah.

Dimanakah Kelas Akan Diadakan?

Bagi Penduduk Johor Baharu, Kelas Pengajian akan berlangsung di alamat berikut:-
ALC Bandar Baru Uda, 4-01, Jalan Padi Emas 5/2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Sementara Penduduk Ipoh, Kelas Pengajian akan berlangsung di alamat berikut:-
ALC Klebang Ipoh, 36a, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, Ipoh, Perak.

Waktu Untuk Kelas Malam?

Waktunya ialah dari 8.30 malam hingga 10.30 malam

Waktu Untuk Kelas Pagi?

Waktunya ialah dari 9.00 pagi -11.00 pagi

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Kesemua Soalan Lazim. Anda Boleh mendaftarkan diri anda dibawah. Jumpa Anda dikelas nanti. Insyaallah.