KELAS (5)

MAHU PENGISIAN RAMADHAN & CUTI SEKOLAH YANG TERBAIK UNTUK ANDA SEKELUARGA?

Jadikan RAMADHAN tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini

Assalammualaikum w.b.t Selamat datang kepada anda. Jika anda belum ada Rancangan atau aktiviti Ramadhan dan Cuti Sekolah untuk anak-anak, ustaz minta untuk luangkan 5 minit sahaja untuk membaca laman ini sampai habis dan ustaz berjanji info didalam laman ini tidak akan mengecewakan anda, biar ustaz terangkan.

Ramai dikalangan kita yang gagal mengambil peluang semasa Bulan Ramadhan untuk melakukan Ibadah terutamanya membaca Al-Quran. Kita sering menghabiskan masa sepanjang bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang kurang berkualiti seperti:-

  • Menghabiskan Masa Menonton Televisyen
  • Bermain Video Game atau Permaian di Telefon Pintar
  • Berbual-bual kosong di laman sosial atau pusat-pusat membeli belah
  • Melayan Whatsapp atau Facebook
  • Menghabiskan masa dengan Tidur

Apa kata jika kali ini kita tukar trend pengisian Bulan Ramadhan kita dengan aktivi-aktiviti yang lebih berfaedah dan memberikan pulangan yang lebih bermakna di akhirat sana.

Dari Abu Hurairah r.a:
Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

Anda Tidak perlu Pening Kepala sebab ALC Bandar Baru Uda sudah menyediakan Program-Program yang sesuai untuk disertai. Antara Program-program yang telah kami sediakan sepanjang Bulan Ramadhan 2017 ini ialah:-

RAMADHAN adalah bulan Pesta Ibadah di mana setiap amalan akan dilipatgandakan Pahalanya.

Rebutlah Peluang ini dengan menyerta program kami yang disediakan khas untuk anda dan keluarga PILIH PROGRAM MANA YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN MENDAFTARLAH SEKARANG

Ingat. Pendaftaran Akan ditutup sekiranya jam dibawah menunjukkan 00:00:00

Terima kasih kerana meluangkan masa anda sepenuhnya disini.

Sekian,

Ustaz Mustakim 

(Pengarah ALC Bandar Baru Uda, Johor Bahru)

011-5299 3775

Bersama Dengan Perjuangan Pendidikan Al-Quran.

Copyright 2017 myngaji.com