Tentang Kami

Misi kami adalah untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dengan kaedah pembelajaran yang mudah, menyeronokkan, dan berkesan.

Pengasas Myngaji

Myngaji diasaskan oleh Farra Aina, seorang pendidik yang percaya bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk belajar dan mendekati ilmu walau di mana pun titik permulaannya.

Perjalanan ini bermula daripada pengalaman peribadi beliau mengajar Al-Quran secara kecil-kecilan. Dalam proses tersebut, beliau sering bertemu dengan pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar, namun terhalang oleh kekangan masa, rasa malu, dan kurang keyakinan diri.

Daripada situ, timbul satu kesedaran iaitu keperluan kepada satu platform pembelajaran yang bukan sahaja memudahkan akses, tetapi juga menyediakan suasana yang selesa, tersusun dan tidak menghakimi.

Berbekalkan latar belakang dalam bidang Syariah, Farra Aina menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jordan selama 4 tahun di Universiti Mu'tah dalam jurusan Fiqh & Usul. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang banyak membentuk pendekatan beliau dalam memahami keperluan emosi dan perkembangan setiap pelajar.

Pada tahun 2022, lahirlah Myngaji dengan satu misi yang jelas iaitu untuk menyediakan platform pembelajaran yang tersusun, fleksibel dan berkualiti, merangkumi pelbagai subjek termasuk Al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Kafa dan hafazan.

Hari ini, Myngaji terus berkembang dengan sokongan barisan guru yang ditapis dan berkelayakan, dalam membantu pelajar membina keyakinan, memperbaiki diri serta menuntut ilmu dalam suasana yang lebih selesa dan bermakna.

MyngajiMyngajimerupakanmerupakanplatformplatformpembelajaranpembelajaranagamaagamadalamdalamtaliantalianyangyangditubuhkanditubuhkanpadapadatahuntahun2022,2022,dengandenganfokusfokusmenyediakanmenyediakanpendidikanpendidikanIslamIslamyangyangtersusun,tersusun,berperingkatberperingkatdandanmudahmudahdiaksesdiaksesoleholehpelajarpelajardaridaripelbagaipelbagailatarlatarbelakang.belakang.

MenawarkanMenawarkansubjeksubjeksepertisepertipembacaanpembacaanAl-Quran,Al-Quran,tajwid,tajwid,asasasasFardhuFardhuAinAinsertasertapembetulanpembetulanbacaan,bacaan,sesisesipembelajaranpembelajarandijalankandijalankansecarasecarafleksibelfleksibelsamasamaadaadasecarasecaraindividuindividu(one-to-one)(one-to-one)atauatauberkumpulan,berkumpulan,sesuaisesuaiuntukuntukkanak-kanak,kanak-kanak,dewasa,dewasa,golongangolonganprofesionalprofesionalbekerjabekerjasertasertaparaparaibuibuyangyangmempunyaimempunyaijadualjadualharianharianyangyangpadat.padat.

SehinggaSehinggakini,kini,MyngajiMyngajitelahtelahmembimbingmembimbinghampirhampir500500orangorangpelajarpelajardaridarilebihlebih55buahbuahnegaranegaratermasuktermasukSingapura,Singapura,SaudiSaudiArabiaArabiadandanQatarQatardalamdalammeningkatkanmeningkatkankeyakinankeyakinanbacaanbacaanAl-QuranAl-Quransertasertakefahamankefahamanasasasasagamaagamamelaluimelaluibimbinganbimbinganberterusanberterusanoleholehbarisanbarisanasatizahasatizahyangyangberkelayakanberkelayakandandankomited.komited.

Temui keunikan “Myngaji” — rakan pembelajaran anda untuk kejayaan.

Temui manfaat luar biasa Myngaji, direka khusus untuk memudahkan perjalanan pembelajaran anda dan memacu kejayaan anda dengan yakin.

Jangkauan Global

Menghimpunkan pelajar daripada pelbagai latar belakang dari negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, Saudi Arabia, Qatar, UAE, dan Brunei sejak tahun 2022.

Pembelajaran Personal

Membantu setiap pelajar melalui sesi pembelajaran mengikut tahap masing-masing dengan pendekatan yang fleksibel.

Bimbingan Pakar

Disertai bimbingan yang jelas, tersusun dan berterusan oleh asatizah yang kompeten & komited dalam bidang masing-masing.

Malaysia
Singapura
Indonesia
Brunei
Australia
Saudi Arabia
Qatar
UAE